Nuffnang

Thursday, November 3, 2011

TIDAK PERNAH PUTUS


Assalamualaikum semua

Peluang Allah tidak pernah putus. Dimana-mana peluang pahala lebih banyak daripada peluang dosa. Peluang pahala, sekali kita buat boleh jadi berlipat kali gandaannya. Di situ janji Allah yang membuktikan Allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani.

Kita hidup pada zaman sekarang kebanyakan sentiasa berpaksikan dengan bulan masihi. Bulan masihi yang bukan dipelopori oleh umat bukan Islam. Tiada satu dalil pun yang menyatakan bulan masihi ada fadilat-fadilat tertentu disisi Allah. Tetapi bulan Hijrah yang dipelopori oleh Umar bin Al Kattab telah merungkaikan pelbagai fadilat yang tercatit dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Marilah kita sama-sama mengkaji bulan-bulan Islam ini. Rezeki Allah banyak yang boleh kita perolehi.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi mengenai Bulan Zulhijjah. Bulan yang mana Hari Raya Aidil Adha akan umat Islam seleruh dunia menyambutnya dengan ibadat Haji bagi yang pergi ke Makkah dan Ibadat korban bagi yang belum memperolehi peluang ke Makkah.

Fadhilat Bulan Zulhijjah

Hari ini kita sudah dan sedang berada di bulan Bulan Zulhijjah untuk tahun 1423 Hijrah. Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

“Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal soleh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10)”. Sahabat bertanya: “Walaupun jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW.; “Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali (yakni habis hartanya dan mati).”

Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah

Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1. Berkat pada umurnya

2. Bertambah hartanya

3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin

4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu

5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda

6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya

7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh

8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar

9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia

10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

HARI

KELEBIHANNYA

1 Zulhijjah

Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan dosanya.

2 Zulhijjah

Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 Zulhijjah

Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya

4 Zulhijjah

Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat

5 Zulhijjah

Nabi Musa a.s. dilahirkan, barangsiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 Zulhijjah

Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 Zulhijjah

Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah. Barangsiapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 Zulhijjah

Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan dari "Tarwiya" (Hari berfikir-fikir). Barangsiapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 Zulhijjah

Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah Al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah Tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (Hari tahu). Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang

10 Zulhijjah

Adalah Hari Raya Aidil Adha (korban) dinamakan juga hari "Nahar" (menyembelih). Barangsiapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.


Maka, marilah kita cuba untuk mengisi masa sebahagian bualan Zulhijjah ini dengan Ibadat berpuasa. Sama-sama kita berusaha. sumber - Dakwah.com

Liwauddin
7 Zulhijjah 1432
3 November 2011

0 comments: