Assalamulaikum semua..
Hari ini tertarik saya dengan satu entry di dalam buku yang bertajuk "Bila Allah Menduga Kita". Entry yang bertajuk "Mimpi ditampar". Tajuk ini sebenarnya lebih untuk dikaitkan dengan takdir Allah kepada kita. Tapi penulis buku ini menerangkan dari segi bentuk penceritaan.
Seorang pemuda mencari guru agama, ustaz, ataupun sesiapa sahaja yang boleh menjawab tiga soalan di atas kekeliruan pemuda itu terhadap Islam.
Setelah pemuda itu berjaya menjumpainya:
"Siapa tuan? Bolehkah tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?"
"Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan berusaha menjawab pertanyaan tuan."jawab orang ustaz itu.
"Tuan yakin? bahkan profesor dan banyak orang cerdik pandai tidak berjaya menjawab pertanya saya."
"Saya akan cuba mengikut kemampuan saya."
"Saya punya tiga pertanyaan,
- Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada Saya?
- Apa yang dimaksudkan takdir?
- Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang juga dibuat daripada api, tentu tidak menyakitkan bagi syaitan, sebab kedunya memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak terfikir sejauh itu?"
Tiba-tiba ustaz menampar pipi anak muda itu dengan keras. Pemuda itu terkejut yang amat sangat.
"Kenapa anda marah saya." Tanya sambil memegang pipi yang terasa sakit.
"Saya tidak marah, tamparan itu adalah jawapan saya untuk ketiga-tiga pertanyaan tuan."Jawab ustaz dengan tenang.
"Saya kuarang faham."Si Pemuda berasa hairan.
"bagaimana rasanya tamparan saya?"
"Tentunya sakit."
"Jadinya anda percaya bahawa sakit itu ada?"
"Tentu saja."
"Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu?"
"Saya tidak boleh."
"Itulah jawapan saya atas pertanyaan pertama tuan. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melibatkan wujudNya."
"Äpakah malam tadi tuan ada bermimpi akan menerima tamparan dari saya hari ini?" Tanya Ustaz
"Tidak."Si Pemuda menggeleng.
"Itulah yang dinamakan takdir."
"Dari apa tangan saya diciptakan yang saya gunakan untuk menampar tuan tadi?"Tanya Ustaz
"Dari kulit."jawab si pemuda.
"Dari apa kulit pipi tuan diciptakan ?"
"Dari kulit juga."
"Bagaimana rasanya tamparan saya?"
"Sakit."
"Walaupun syaitan dan neraka sama-sama terbuat dari api, neraka tetap menjadi tempat yang menyakitkan bagi syaitan."
Itulah kisah si pemuda dan ustaz itu. Mungkin anda sendiri boleh simpulkan apa maksud diceritakan di atas. Itulah tanda kekuasaan Allah yang menunjukkan betapa tertibnya Allah menciptakan dan mengadakan sesuatu.
Liwauddin
4 November 2011
8 Zulhijjah 1432

0 comments:
Post a Comment