
Assalamualaikum semua..
Ceramah di Surau Al-Muhajirin Taman Sri Rasau disampaikan oleh Imam Masjid Padang Jawa.
Ceramah berkisarkan tentnag penjagaan hati. Maksiat sering berleluasa. Maksiat bukan sahaja boleh dikatogerikan apa yang kita dapat lihat sahaja. Contohnya, berzina, merompak, membunuh, pergaulan bebas, minum arak, berjudi dan lain-lain lagi yang kita boleh lihat. Maksiat itu tergolong dalam maksiat zahir, tetapi sebenarnya hakikatnya, maksiat zahir tidak akan hadir jika maksiat batin kita sudah halang awal-awal.
Maksiat batin lebih mudah untuk kita perjelaskan, ia melibatkan nafsu, akal yang ia ditempatkan pada hati, dan roh kita. Adakah kita boleh membayangkan bagaimana bentuk akal, bentuk perasaan, bentuk nafsu, itu semua dibawah penjagaan Allah. Tiada manusia yang boleh menandingi ilmu Allah. Kita balik dalam persoalan nafsu, nafsu sangat didorong oleh hasutan syaitan. Dengan nafsu, segalanya kita mahukan, harta, takhta, wanita. 3ta yang sering kait rapat ngan nafsu. Lagi menyedihkan lagi apabila nafsu syahwat mendorong diri, terjadinya penzinaan, bila lahirnya anak, anak dikelar, dibuang ibarat sampah sisa makanan. Nau'zubillah. Firman Allah di dalam Surah Al-Jasiah:23 yang bermaksud.
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
Maksiat batin lagi, mengumpat, sombong, ego, kerap kali kita lakukan, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Selagi kita ingat Allah, cepat-cepatlah beristigfar banyak-banyak. mengucapkan kalimah Subhanallah, berzikir selalu. Pahala mengucapkan Subhanallah, diibaratkan pahalanya lebih besar dari gunung Uhud. Allahuakbar. Besarnya kekuasaan Allah. Selain itu, banyakkan solat-solat sunat, Perkara-perkara sunat, zikir, bersedekah, menjaga pemakananan. Nescaya dengan terjaganya amalan-amalan kita. Insyaallah, Allah sentiasa memberi rahmat untuk menjadi insan terbaik disisinya.
Liwauddin
21 Oktober 2011
23 Zulkaedah 1432
0 comments:
Post a Comment