Nuffnang

Wednesday, October 19, 2011

ILMU dan AMAL

Assalamualaikum semua...

Mencari ilmu adalah sangat dituntut oleh Allah kepada hambanya iaitu kita. Amal pula adalah kredit kita untuk mendapat keredhaan dan syafaat untuk sampai ke alam yang lagi satu. Mencari ilmu tidak mengira di mana tempat demana ketika kita berada. Segala jenis ilmu kita harus pelajari, tidak kira dari segi akhlak, akidah, syariah, jenayat, munakahat, faraid, adab, cara bercakap, biologi, fizik, kimia, matematik, bahasa melayu, bahasa cina, bahasa jepun dan apa jua ilmu, sehingga pendidikan seks juga harus dipelajari. Tetapi ilmu bukan untuk dipelajari hanya diatas kertas, tapi di dalam kertas juga harus dipelajari. Saya di sini bermaksud kita harus untuk cuba mendalami ilmu. Dalam mencari ilmu juga harus ada dengan gurunya, bukan satu guru tetapi banyak guru, buku ; bukan satu bukan tetapi pelbagai buku.

Hadis nabi kita Muhammad ;


Ertinya: Dari Abi Atikah, dari anas, ia berkata: "Rasulullah saw besabda; "Carilah ilmu sekalipun ke negeri China" (HR. Baihaki).

Dengan ilmu juga kita harus pelbagai aplikasinya supaya lebih mudah difahami dalam kehidupan seharian kita. sebagai contoh hadis nabi diatas, Nabi bersabda bahawa carilah ilmu sekalipun ke negeri China. Jikalau kita kaitkan dengan situasi Malaysia, orang Cina kita lihat sentiasa dihadapan, terutama dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Dengan hadis di atas, masyarakat melayu khususnya, haruslah terus dan terus lebih berusaha untuk menjadi lebih baik dari orang cina. Tambahan pula kita adalah masyarakat Islam. Islam wajib dihadapan.

Dengan ada ilmu, jangan hanya dengan kita miliki ilmu tanpa diamalkan. Ilmu tidak akan berkembang jika tidak diamalkan. Bak kata peribahasa Melayu, "Alang-alang menyeluk perkasam biar kepangkal lengan", guna peribahasa ini untuk kebaikan, Alang-alang mencari ilmu biar sampai kita amalkan dengan istiqamah dan dakwahlah dengan masyarakat sekeliling.

Tetapi bila amal tanpa ilmu, di situlah boleh sampai datangnya kesesatan. Boleh dilihat situasi di Malaysia juga bagaimana ramai dan kebenyakan rakyat Malaysia membicarakan soal amal tapi tanpa penyampaian ilmu yang betul sahih. Sehinggakan agama kita di pergaduhkan di media, warong kopi, kelas, tepi jalan, pasar malam dan dimana-mana. Inikah integriti kita untuk kita contohkan kepada agama lain. Agama lain berani ambil orang kita untuk jadi orang dia. Sesetengah orang agama berpegang ideologi sampaikan menidakkan ilmu orang lain. Sesama Islam benci-membenci, buat ceramah sebagai tujuan memburukkan pihak lain. Ini kerana mereka bangga dengan Ilmu dan amalan mereka, sehingga ilmu dan amalan orang lain dikatakan salah. Walhal, ilmu mereka tidak cukup habis untuk sepatutnya disampaikan kepada orang lain, sehinggakan rakyat menerima ilmu itu sekerat jalan dan percaya sepenuhnya. Mereka seolah-seolah hanya menerangkan apa tajuk itu. Tapi tidak menerangkan isi kandungannya. Mereka kadangkala menyalahkan pihak lain kerena tidak memberi peluang untuk menyampaikan ilmunya kepada semua orang. Tetapi yang kita kesal, orang mereka juga tidak menerima ilmu yang tepat.

Ingat saya satu majlis fikir yang disampaikan oleh tabligh,
"Jangan kita nampak berlimu agama kerana luaran kita, contohnya, berjanggut, berjubah, teapi sebaliknya kita lagi teruk dari apa yang di lihat, biar kita nampak ilmu kita dengan akhlak yang kita ada." Gunakan sunnah nabi dengan cara yang betul.

Kesimpulannya, ilmu akan hidup dengan amalnya, amal akan sesat jika tiada ilmu...

Wassalam.

Liwauddin
21 Zulkaedah 1432


0 comments: