
Assalamualaikum semua..
Hari ini kita membincangkan tentang doa kita kepada Allah yang menciptakan kita. Cetusan idea ini terhasil dengan membaca majalah Gen-Q isu 3, yang banyak membincangkan tetang doa kita kepada Allah. Banyak perkara yang berkisarkan tetang doa.
- Allah, tempat kita memohon pertolongan - Kita sebagai hamba sangat kerdil untuk berbangga dengan apa yang kita ada. Ilmu Allah jauh lebih banyak dari kita. Ibarat setitik air yang jatuh ke bumi, itu sajalah ilmu yang kita ada. Tidak terbanding kekuasaan Allah dengan kita. Dengan itu janganlah kita angkuh untuk tidak memohon pertolongan daripada Allah. Istiqamahlah dalam memohon pertolongan dari Allah. Sertakan usaha dan tawakal serta sentiasalah bertawaduk.
- Apakah Doa yang paling utama? - Jawapannya solat. Solat ialah amalan pertama yang dihisab. Perbuatan solat adalah tanda kita untuk memperhambakan kita kepada Allah. Banyak sangat ungkapan doa yang ada didalam Solat. Contohnya bacaan duduk diantara dua sujud 8 ayat doa sangat besar maknanya; Rabbighfirli = ampuni aku Ya Allah, Warhamni = sayangi aku Ya Allah, Wajburni = cukupi kekuaranganku Ya Allah, Warfa'ni = Tinggikan darjatku Ya Allah, Warzuqni = berilah aku rezeki Ya Allah, Wahdini = Tunjuki aku Ya Allah, Wa'afini = Sihatkan aku Ya Allah, Wa'fu'anni = Maafkan aku Ya Allah. Dengan itu, marilah kita semua sempurnakan Solat kita dengan sebaik mungkin. Jikalau amalan Solat kita gagal di akhirat nanti, maka amalan lain turutlah gagal untuk dihisab.
- Mengapa Doa kita tidak dimakbulkan - Adakah kita betul-betul ikhlas momohon doa kepadanya. adakah kita betul-betul memperhambakan diri kepada Allah? Apa yang Allah suruh adakah kita buat dan apakah kita tinggal apa yang Allah larang? Bagaimana cara kita berdoa? Bagaimana Adab kita berdoa? Sempurnakah solat kita? Jawapan dari Soalan adalah soalan jugalah sebagai jawapan.
- Bilakah doa kita akan dimakbulkan? - Tiga keadaan Allah akan memakbulkan doa kita. Tujuan kenapa Allah ada alasan seperti ini? mudah saja. Ia kerana Allah jualah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya; Memustajabkan doa dengan segera, Menagguhkan doa kepada kepada waktu yang sesuai dan terbaik untuk hambanya, Membalasnya di akhirat.
- Tip dan adab berdoa kepada Allah - Pertamanya, berdoa bukan hanya semasa terima musibah atau masalah sahaja. Berdoalah dimana jua keadaan. Allah maha mendengar kata-kata hambanya. Keduanya, sentiasa peka dengan bila waktu lebih mustajab berdoa dan dimana doa lebih mustajab untuk dibacakan. Ketiganya, Haruslah kita memahami apa doa yang kita bacakan itu supaya sampai ke lubuk hati kita.
Liwauddin
30 Oktober 2011
3 Zulhijjah 1432
0 comments:
Post a Comment