
Assalamualaikum semua..
Apa khabar semua, anda semua sihat? sekiranya sihat adakah anda yakin esok anda sihat? adakah anda yakin esok dan seterusnya nikmat rezeki Allah akan anda miliki dengan banyaknya. Ingatlah lima perkara dalam diri kita.
Sihat sebelum Sakit
Muda sebelum Tua
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Hidup sebelum Mati
Hari ini, pagi tadi dua kematian saya dengari, dan saya sempat menziarahi salah satu jenazah pagi tadi. Jenazah pertama disebabkan sakit buah pinggang dan yang lagi satu, jatuh di dalam tandas rumah. Allah menarik nyawa hambanya tidak kira tempat, bagaimana, bila, Allah yang maha kuasa memanggil hambanya untuk bertemu Allah. Jangan ingat kita sihat, kita tidak berkemungkinan untuk mati, dan juga kekadang doktor kata pesakit ini hanya tinggal 10% untuk hidup, tapi Allah maha kuasa, Dia boleh sihatkan pesakit itu dengan sembuhnya sekelip mata sahaja. Seperti yang ditulis dalam firman Allah dalam Surah Yasin : 82 yang bermaksud
"Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya 'Jadilah, maka Jadilah ia."
Tetapi, bagi yang masih hidup, marilah kita sama semua beringat, kita masih ada peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah. Kita sangat kerdil kepada Allah. Cukupkanlah Solat Fardhu kita, kerana diakhirat nanti Solatlah perkara pertama yang dihisab oleh Allah.
Hadis riwayat Tobarani yang bermaksud: Perkara pertama yang akan dihisab ke atas seseorang pada hari kiamat ialah Solat. Apabila baik Solatnya maka baiklah seluruh amalannya. Dan jika rosak maka rosaklah segala amalannya.
Selain itu banyakkanlah kita berzikir mengingat Allah, melakukan segala amalan sunat, bersedekah, berdakwah, maaf memaafi sesama makhluk, dan banyak lagi Allah dan janjikan pelbagai peluang untuk mendapatkan pahala. Allah maha pemurah kepada hamba-hambanya.
Akhirnya, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah khususnya dua arwah yang saya maksudkan tadi, dan seluruh umat Islam amnya..
Al-Fatihah...
Liwauddin
24 Oktober 2011
26 Zulkaedah 1432
0 comments:
Post a Comment