Nuffnang

Wednesday, October 26, 2011

7 AMANAH DIRI




Assalamualaikum semua..

Amanah? Satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Adakah kita semua yakin amanah dan tanggungjawab kita selesai dilakukan. Amanah bukan sahaja kita lihat pemimpin wajib laksanakan amanah, tetapi sedar dalam tidak sedar, sejak lahir Allah sudah memberi kita tanggungjawab supaya dapat melaksanakan 7 amanah yang berikut

1. Memelihara mata - melihat sesuatu yang hanya perlu untuk kita berhajat. Melihat perkara yang baik-baik. Sentiasa melihat keesaan dan kebesaran Allah dan mengucapkan Subhanallah. Elakkan pandangan dari melihat aurat. Sama-sama kita beristigfar.

2. Memelihara telinga - mendengar perkara-perkara yang bermanfaat, mendengar ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis. Jauhkan dari mendengar kata umpatan dan fitnah. Banyakkan perdengar perkara-perkara berilmu.

3. Memelihara lidah - memperkatakan sesuatu yang boleh dijadikan ilmu perngtahuan yang boleh digunakan kepada diri sendiri, bahkan kepada orang lain. Jauhkan diri kita melafazkan kata-kata umpatan dan fitnah. Dengan memperbanyakkan bercakap kata-kata ilmu dengan ini kita akan dapat melaksanakan satu lagi ibadat kepada Allah iaitu Dakwah.

4. Memelihara perut - memakan segala jenis makanan daripada sumber yang haram mahupun syubhah. Makan jugalah hendaklah kita sentiasa berpada. Elakkan kita daripada memasukkan segala benda ke dalam badan dan perut kita dengan bahan-bahan yang memudaratkan seperti rokok, arak, dadah makanan ringan dan sebagainya. Selain itu janganlah kita lupa dengan mengingati masyarakat-masyarakat yang kesusahan dalam mendapatkan rezeki. Banyakkan sedekah.

5. Memelihara kemaluan - terpelihara kemaluan daripada melihat perkara yang haram, menjaga hati kita daripada perfikiran songsang. Menjaga rezeki daripada diperoleh daripada sumber yang haram. Sesunggunya semua itu boleh menyebabkan timbulnya syahwat.

6. Memelihara dua tangan - memegang sesuatu yang boleh memberi manfaat ilmu kepada diri kita dan orang lain. Tidak mencuri. Menulis perkara-perkara ilmu demi keagungan Islam seterunya boleh dimanfaatkan sebagai peringatan kepada diri kita seharian dan orang lain.

7. Memelihara dua kaki - melangkah ke tempat yang bermanfaat untuk Islam dan dapat memperoleh ilmu. Banyakkanlah ke majlis-majlis Ilmu, sesungguhnya majlis ilmu itulah salah satunya taman-taman Syurga Allah. Berjalanlah juga ke tempat yang boleh menjalinkan silaturrahim sesama Islam. Kekuatan Islam dengan Ukhwah umatnya. Kelemahan Islam dengan perpecahan umatnya.

Sumber Gen-Q dan Imam Masjid Padang Jawa

Liwauddin
26 Oktober 2011
28 Zulkaedah 1432


0 comments: